Thursday, 11 August 2011

UTHM WON 19 AWARDS in ITEX2011




KLCC, Mei 2011 – Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menerima
 pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 3 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 8 pingat 
Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 22nd International Invention, Innovation,
 and Technology Exhibition 2011 (ITEX’11) yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
 Tiga pingat emas untuk UTHM telah disumbangkan oleh hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosziati
Ibrahim (FSKTM), En. Mohd Fadel bin Alwee (FKEE) dan Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus (FKMP). Lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara seperti Brunei, Canada, Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan
pelbagai agensi yang telah menilai daripada beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang
dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan. Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi
membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat
dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. Selain itu, UTHM juga amat bertuah kerana booth pameran UTHM telah berjaya memperolehi
Pingat Gangsa bagi kategori ’Best Booth Design’ untuk keluasan melebihi 54 sqm². Tahniah dan syabas diucapkan
kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2011 serta semua pihak yang telah
bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2011.



No comments:

Post a Comment